Pengeluaran Dana

Pengeluaran Dana dari akaun ThinkForex anda adalah proses yang mudah dan ringkas.   Permohonan pengeluaran dana yang diterima sebelum 1pm AEST akan diproses pada hari yang sama, dan yang lain akan diproses dalam jangkamasa 24 jam. 

ThinkForex menggunakan kaedah terjamin untuk menghantar balik dana kepada anda dan mematuhi segala peraturan dalaman serta prosedur regulasi.  Ini memastikan dana anda diproses dengan penuh keyakinan.  Untuk butiran lanjut, sila merujuk dibawah atau berhubung dengan kami.

Untuk maklumat lanjut mengenai kaedah memasukkan dana kepada akaun anda, klik disini .

 

Bagaimana untuk melaksanakan Pegeluaran Dana? 

Untuk melaksanakan pengeluaran dana dari akaun ThinkForex anda, login ke laman ThinkPortal diatas dan dari tab "Withdrawal", selaraskan borang online. Borang ini perlu dilengkapkan online dan ia menggunakan tanda kenalan elektronik untuk mengesahkan pengizinan anda untuk melakukan pengeluaran. Kemudian, borang ini akan di hantar kepada kami melalui emel.  Anda tidak diperlu mencetak, mengimbas (scan) ataupun faks borang berkenaan kepada kami dan ini menjimatkan masa untuk anda.

Kalau di perlu anda boleh memuat turun versi pdf borang berkenaan  dan menghantar borang tersebut kepada kami.

 

Apakah yang perlu anda tahu?

ThinkForex mematuhi dan tertakluk kepada segala peraturan ketat termasuk akta pencegahan pengubahan wang haram yang di amanatkan untuk melindungi kesemua klien kami.

Sila mengambil perhatian:

  • ThinkForex tidak membenarkan pembayaran dari mana mana parti ketiga ( third party payments). Dana hanya boleh di hantar ke akaun yang mempunyai butir butir yang seiras dengan akaun perdagangan yang diuruskan di ThinkForex.
  • Semua pengeluaran dana akan di hantar semula ke sumber yang sama sepertimana dana yang berkenaan di hantar pada peringkat permulaan.  Pengeluaran keuntungan ataupun mana mana amoun yang melebihi dana permulaan hanya boleh dilaksanakan melalui pemindahan wang bank. 
  • Dana hanya boleh di hantar semula ke kad kredit seandainya dana permulaan di laksanakan dalam tempoh masa 120 hari. Selepas tempoh masa ini, dana akan di salurkan balik melalui pemindahan wang bank.
  • Dana hanya boleh disalurkan kembali ke akaun MoneyBookers jikalau dana permulaan dari MoneyBookers itu dilaksanakan dalam tempoh masa  90 hari.  Selepas tempoh masa ini, dana akan di salurkan balik melalui pemindahan wang bank.
  • Adakalanya kad kredit tidak akan menerima endapan wang dan ini tertumpu kepada setiap institusi kewangan yang mengeluarkan kad tersebut. Dalam situasi begini, dana akan di salurkan kembali melalui pemindahan wang bank.  
  • ThinkForex tidak mengenakan caj tambahan untuk proses pengeluaran dana melaui pemindahan wang bank.  Tetapi sila ambil perhatian bahawa klien tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh bank dan insitusi kewangan yang lain.  Pengeluaran dana melaui kad kredit akan dikenakan caj $5.

Untuk maklumat terperinci mengenai pengeluaran wang dari akaun perniagaan anda, sila hubungi kami di withdrawals@thinkforex.com,  live chat ataupun telefon kami di +61 3 9093 3400.

Contact ThinkForex

Australia

Level 11, 636 St. Kilda Road.

Melbourne, VIC, Australia 3004

AFSL Number: 424700

ABN Number: 69 158 361561


AU: +61 3 9093 3400

Email: support@thinkforex.com

UK

TF Global Markets (UK) Limited.

2 Copthall Avenue, London, EC2R 7DA.

FCA Number: 629628

Registration Number: 09042646


UK: +44 203 514 2374

CN: +86 21 6182 6817

Proud Supporter of:
Proud gold supporter of the Champion for Children Program - Unicef
Follow us